 |
|
Pautan Artikel
|
|
Email : zaidanor@yahoo.com |
|
Zaida Nor
|
Muat Turun
|
|
Rangkaian Pilihan |
|
|
![]() |
 |
|
 |
|
 |
|
 |
| |
LIMITASI
PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
- Perlu diingatkan bahawa perkhidmatan e-kaunseling
adalah satu cara untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun,
perkhidmatan e-kaunseling tidak sama dengan perkhidmatan
kaunseling bersemuka. Kaunseling bersemuka membolehkan anda
bertemu kaunselor secara bersemuka dan ini membolehkan kaunselor
membantu anda dengan lebih menyeluruh lagi. Anda boleh dapati
perkhidmatan ini di sekolah-sekolah anda, pusat-pusat khidmat
komuniti berhampiran dan juga dari klinik-klinik yang menawarkan
perkhidmatan kesihatan mental.
- Tidak semua jenis masalah sesuai dengan e-kaunseling.
Masalah-masalah yang membahayakan diri dan orang lain perlukan
bantuan kaunseling secara bersemuka. Antara masalah yang
dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kaunseling bersemuka ialah
kemurungan yang serius, kecenderungan untuk membunuh diri,
penyalahgunaan dadah dan halusinasi kerana masalah-masalah ini
akan ditangani secara pendekatan klinikal. Bagaimanapun, anda
boleh menghubungi saya untuk mendapatkan rujukan pusat-pusat
yang menawarkan perkhidmatan bersemuka berhampiran tempat
tinggal anda.
- Dalam kecanggihan pembangunan internet,
kemungkinan laman web ini digodam (hacked) masih ada.
Bagaimanapun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan
menyimpan data anda. Semua data klien akan dipindahkan ke
komputer peribadi dan kemudian dilupuskan dari data e-mel.
- Peruntukan Akta Kaunselor 1998, terdapat
klausa yang memerlukan kaunselor mendedahkan maklumat atas
tuntutan undang-undang dalam kes-kes tertentu seperti berlakunya
jenayah, cubaan bunuh diri dan kematian. Klausa ini memerlukan
kaunselor perkhidmatan kaunseling bersemuka dan juga e-kaunseling
mendedahkan maklumat yang dibincangkan dalam sesi. Bagaimanapun
sekiranya perkara ini berlaku, anda akan saya maklumkan kepada
anda terlebih dahulu sebelum saya mendedahkannya atas tuntutan
undang-undang.
- Atas tuntutan Garis panduan Perkhidmatan E-kaunseling
American Counseling Association (ACA Ethical Standards for
Internet Counseling, 1999), sekiranya anda berumur 18 tahun ke
bawah, sila maklumkan kepada penjaga anda bahawa anda melayari
laman web ini. Ini membolehkan penjaga anda tahu jenis
perkhidmatan yang saya tawarkan serta limitasi perkhidmatan ini.
|
 |