|
Bagaimana perkhidmatan e kaunseling dijalankan?
Terdapat dua cara bagi anda mendapatkan perkhidmatan e-kaunseling.
Pertama secara e-mel. - Anda hubungi saya secara emel dan kemudian
saya akan membalas untuk meneruskan sesi kaunseling secara online
ini.
Kedua secara ruang sembang (chatroom). Anda hubungi saya secara emel
(jika saya offline)
dan kemudian saya akan balas emel anda dengan memberikan tarikh dan masa temuanji. Selepas anda masuk
(log-in) ke dalam ruang sembang maka sesi e-kaunseling boleh
diteruskan atas persetujuan anda.
Perisian yang digunakan.. Yahoo Messeger.. anda boleh memuat turun
perisian ini dari laman web yahoo.com.
Apa alatan yang-diperlukan?

Hanya komputer dan akses internet.
Apa kemahiran yang diperlukan?
Anda mahir menggunakan internet untuk tujuan emel dan bersembang
(chatting) telah memadai.
Protokol Chat
Memandangkan sesi e-kaunseling tiada pertemuan secara bersemuka maka
meluahkan emosi menjadi sedikit kaku. Jadi bagi membantu anda dan
kaunselor, terdapat 2 cara yang boleh digunakan.
1. Smileys
Penggunaan smileys telah digunapakai secara meluas dalam internet.
Smileys akan dibekalkan kepada untuk membantu anda meluahkan
perasaan anda.
2. Emotional Bracketing
Setiap kali anda merasakan perlu untuk meluahkan perasaan anda, anda
hanya perlu menyatakannya dalam kurungan. Contoh: .
Saya tak setuju dengan keputusan saya itu (Geram)
Peranan Kaunselor
- bersedia mendengar, memahami dan
berinteraksi dengan anda melalui e-mel terhadap sebarang isu yang
kemukakan.
- Segala yang anda kongsi adalah SULIT dan akan saya
rahsiakan kecuali jika saya merasai anda mungkin akan mengancam
keselamatan diri anda dan orang awam.
- Dalam kes berkenaan, kita akan bergerak melakukan kaunseling krisis yang mungkin akan
melibatkan polis, wad psikitri dan/atau ahli keluarga anda.
- Kerahsiaan juga melibatkan tanggungjawab saya untuk merahsiakan
identiti anda. Anda boleh terus tidak memberitahu latar belakang
sebenar anda dan saya akan tetap menghormati pilihan anda.
- Anda mungkin memerlukan alamat e-mel lain sekiranya anda berhasrat
tidak mahu saya mengetahui siapa diri anda (tidak penting bagi saya).
Peranan anda
- membebaskan diri dari sebagai
bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.
- Anda boleh
menulis emel kepada saya sekerap yang anda mahu.
Walau bagaimana pun, ciri-ciri e-mel tidak membolehkan saya
berinteraksi dengan anda secara automatik. Saya harap anda faham
tentang had teknologi melalui e-mel yang akan kita gunakan. Anda
juga seharusnya merahsiakan hubungan kaunseling kita demi menjaga
etika kerahsiaan kaunseling tercapai.
Oleh kerana persetujuan hubungan kita hanya melalui e-mel, anda
tidak digalakkan menghubungi saya melalui telefon atau bersemuka
(kecuali bagi kes tertentu setelah persetujuan dua belah pihak
tercapai). Sebagai klien, anda juga berhak memutuskan hubungan
kaunseling kita bila-bila masa sahaja. Walau bagaimana pun, saya
amat berharap anda dapat memaklumkan kepada saya satu sesi (satu
e-mel) sebelum anda berhasrat menamatkannya.
|
Langkah seterusnya
Saya dapat rasakan keinginan anda untuk cuba merasai pengalaman
melakukan kaunseling secara online bersama saya. Anda telah membuat
keputusan yang bijak. Saya bangga dengan potensi semulajadi yang ada
pada diri anda.
Langkah seterusnya ialah untuk
menghantar e-mel
kepada saya dan berkongsi dengan penuh rela terhadap sebarang isu
yang sedang mengganggu kehidupan anda. Hubungi saya di alamat e-mel
berikut: zaida_nr@yahoo.com
Apabila saya menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan
kaunselor-klien antara anda dan saya telah terbentuk. Ini juga
bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah saya
nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai
kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan
kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas
kehendak anda sendiri.
|
 |